Recognizing that food safety hazards, product defense threats and food fraud may occur at any stage of the food chain, Century Chemical Works Sendirian Berhad (CCWSB) is committed to the manufacture and supply of safe and conforming activated carbon products that meet applicable food safety, needs and expectations of interested parties, statutory and regulatory requirements.
We demonstrate our leadership and commitment to food safety by:
-
Taking accountability for the establishment, implementation, maintenance and continual improvement of our Product Food Safety Management System, integrating food safety into our business processes and organizational decision-making.
-
Understanding and addressing the needs and expectations of relevant interested parties, applicable statutory, regulatory and customer requirements, and relevant risks and opportunities, including applicable climate change, product carbon footprint and sustainability considerations.
-
Establishing and achieving measurable Product Food Safety Objectives aligned with our strategic direction through effective planning, implementation, monitoring, evaluation and review.
-
Ensuring effective communication and collaboration throughout the organization and relevant stages of the food chain to maintain food safety and product integrity.
-
Providing competent personnel and adequate resources, including effective Food Safety, Product Defense and Product Fraud Mitigation teams, to manage food safety hazards, intentional threats and food fraud risks.
-
Promoting a positive food safety culture and continual improvement through effective process control, monitoring, verification, corrective action, internal audit and management review.
-
Enhancing customer satisfaction and confidence by consistently delivering products that meet specified requirements, on time, with appropriate post-delivery support.
This Policy provides the framework for establishing our product food safety objectives. Top Management is committed to providing the leadership and resources necessary to implement this Policy and achieve continual improvement in our product food safety performance.
Menyedari tentang bahaya keselamatan makanan, ancaman sistem pertahanan dan penipuan produk boleh berlaku pada mana-mana peringkat dalam rantaian makanan, Century Chemical Works Sendirian Berhad (CCWSB) berkomit untuk menghasil dan membekal produk karbon diaktif yang mematuhi keperluan keselamatan makanan memenuhi keperluan dan jangkaan pihak berkepentingan, serta keperluan berkanun dan peraturan.
Kami menunjukkan kepimpinan dan komitmen terhadap keselamatan makanan produk melalui:
-
Memikul tanggungjawab terhadap penubuhan, pelaksanaan, penyelenggaraan dan penambahbaikan berterusan Sistem Pengurusan Keselamatan Makanan Produk kami, serta mengintegrasikan keselamatan makanan ke dalam proses perniagaan dan pembuatan keputusan organisasi.
-
Memahami dan menangani keperluan dan jangkaan pihak berkepentingan yang berkaitan, keperluan berkanun, peraturan dan pelanggan yang terpakai dengan mengambil-kira risiko dan peluang yang berkaitan, termasuk pertimbangan perubahan iklim, jejak karbon produk dan kelestarian yang berkenaan.
-
Menetapkan dan mencapai Objektif Keselamatan Makanan Produk yang boleh diukur, selaras dengan hala tuju strategik organisasi melalui perancangan, pelaksanaan, pemantauan, penilaian dan kajian semula yang berkesan.
-
Memastikan komunikasi dan kerjasama yang berkesan di seluruh organisasi dan pada peringkat rantaian makanan yang berkaitan bagi mengekalkan keselamatan makanan dan integriti produk.
-
Menyediakan personel yang kompeten dan sumber yang mencukupi, termasuk Pasukan Keselamatan Makanan, Pasukan Pertahanan Produk dan Pasukan Mitigasi Penipuan Makanan yang berkesan, bagi mengurus bahaya keselamatan makanan, ancaman yang disengajakan dan risiko penipuan makanan.
-
Menggalakkan budaya keselamatan makanan yang positif dan penambahbaikan berterusan melalui kawalan proses, pemantauan, pengesahan, tindakan pembetulan, audit dalaman dan kajian semula pengurusan yang berkesan.
-
Meningkatkan kepuasan dan keyakinan pelanggan dengan memastikan produk yang memenuhi keperluan yang ditetapkan dibekalkan secara konsisten, mengikut tempoh penghantaran yang ditetapkan, serta memberi sokongan perkhidmatan selepas penghantaran yang bersesuaian.
Polisi ini memperuntukkan kerangka kerja bagi menetapkan objektif keselamatan makanan produk kami. Pihak Pengurusan Atasan berkomit untuk menyediakan kepimpinan dan sumber yang diperlukan bagi memenuhi polisi ini serta mencapai penambahbaikan berterusan dalam prestasi keselamatan makanan produk kami.